PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 9 April 2011

T-TEAM TEKAD MUSNAHKAN SELANGOR



KEJAYAAN membenam Kelantan di Kuala Terengganu, Selasa lalu memberi suntikan semangat kepada pemain-pemain T-Team untuk meneruskan rentak kemenangan dalam kempen Liga Super.
Pada aksi di Stadium Shah Alam malam ini, sku- ad kendalian Yunus Alif itu bertekad mahu menjadi- kan pendahulu liga, Selangor sebagai mangsa seterusnya dalam misi mereka memburu tiga mata penuh.
Malah Yunus mengakui, tiada yang mustahil untuk dilakukan anak-anak buahnya berdasarkan prestasi luar biasa yang dipamerkan ketika menang 4-3 ke atas Kelantan sebelum ini.
"Ini adalah minggu yang cukup mencabar buat T-Team kerana kami perlu menentang dua pasukan gergasi dalam tempoh empat hari.
"Namun kami telah berjaya melepasi cabaran pertama dengan kemenangan ke atas Kelantan, dan esok (malam ini) saya percaya para pemain saya mampu menjadikan Selangor sebagai mangsa kedua," katanya kepada Kosmo! semalam.
Bagaimanapun, Yunus tetap memberi ingatan kepada anak-anak buahnya agar tidak terlalu yakin.
Sebaliknya, beliau mahu para pemain sentiasa fokus dengan menggunakan setiap ruang yang ada untuk menghasilkan jaringan.
Bekas pemain kebangsaan itu menjelaskan bahawa Selangor mempunyai reputasi hebat sebagai pasukan terbaik negara dan memiliki pengalaman luas beraksi pada perlawanan-perlawanan genting.
"Semua orang tahu akan kehebatan Selangor dengan barisan pemain penuh berkualiti. Jadi sewajarnya kami menghormati mereka lebih-lebih lagi mereka akan beraksi di gelanggang sendiri.
"Apa pun, ia bukanlah alasan untuk kami menyerah kalah kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak" tambahnya.
Bagi meneruskan rentak terbaik, Yunus bakal menu- runkan kesebelasan utamanya pada perlawanan malam ini termasuklah bekas trio Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohammad dan Azizi Mat Rose.
Selain itu, pakar sepakan percuma, Zairo Anuar Zailani sekali lagi menjadi pertaruhan di bahagian tengah, manakala penyerang prolifik, Haris Safwan Kamal pula mengetuai bahagian sera- ngan.
"Buat masa ini, kapten pasukan, Rosdi Talib masih berada dalam keraguan untuk diturunkan akibat kece- deraan paha," jelasnya.
Selepas berakhirnya sembilan perlawanan, T-Team kini menghuni tangga ketujuh liga dengan 11 mata.
Selangor pula berjaya merampas kedudukan pendahulu Liga Super daripada Kelantan dengan mengumpul 20 mata.



(SUMBER KOSMO)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan