PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 7 Julai 2011

KEPUTUSAN PENUH




Rabu, 6 Julai 2011

LIGA SUPER (PERLAWANAN KE 26)

6 JULAI 2011
STADIUM PERAK
8.45 MALAM

Khamis, 16 Jun 2011

CONGAK DEVAN

BIARPUN di atas kertas Kelantan memiliki kelebihan menjulang trofi Liga Super buat kali pertama sejak diperkenalkan pada 2004, pencabar terdekat Selangor masih belum mahu mengalah dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan.
Dengan hanya berbaki satu lagi perlawanan, peneraju liga, Kelantan kini mengumpul 53 mata, dua mengatasi Selangor manakala Terengganu di tangga ketiga masih mengintai peluang di saat akhir kerana hanya ketinggalan tiga mata.

Jurulatih Selangor, K Devan berpuas hati dengan aksi anak buahnya ketika menumpaskan Felda United 2-1 kelmarin untuk membolehkan mereka terus memberi tekanan kepada Kelantan sehingga ke penghujung saingan.
“Bagi saya, kemenangan ke atas Felda United amat berharga untuk memberi tekanan kepada Kelantan kerana kami mahu kejuaraan ditentukan sehingga ke perlawanan terakhir liga.

“Di atas kertas sememangnya Kelantan memiliki kelebihan tapi saya masih mengharapkan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kami hanya perlu berusaha untuk memenangi perlawanan selepas ini dan menantikan apakah keputusan dicatat pasukan lain,” katanya yang dihubungi semalam.

Bagaimanapun peminat bola sepak tanah air terpaksa menunggu sehingga 6 Julai ini untuk mengetahui pasukan manakah yang bergelar juara musim ini kerana liga akan berehat lebih kurang tiga minggu kecuali perlawanan membabitkan Harimau Muda A dengan Pahang dan Kuala Lumpur.
Devan melihat tempoh itu bakal memberikan ruang untuk semua pasukan menyusun strategi termasuk Selangor yang akan berdepan Perak di Ipoh pada perlawanan terakhir liga.

“Tempoh rehat ini akan memberikan masa yang cukup untuk pemain saya kembali cergas. Saya juga mempunyai beberapa pemain yang cedera ketika ini iaitu Mohd Razman Roslan, Mohd Nasriq Baharom dan Mohammad Hardi Jaafar dan saya harap mereka sempat sembuh sebelum perlawanan terakhir,” katanya.







DEVAN YAKIN, SELANGOR BOLEH

PENENTUAN Liga Super pada 6 Julai ini dianggap paling menarik pernah disaksikan.
Firasat itu diluahkan ketua jurulatih Selangor, K Devan yang melihat ‘saingan sehingga ke garisan penamat’ itu memberi debaran kepadanya.


Namun, dia tetap berasa mahkota kejuaraan itu bakal memihak Selangor ketika peluang terbuka memburu pengiktirafan itu bersama pendahulu liga, Kelantan dan juara baru Piala FA, Terengganu.

Sasaran Devan adalah mempertahankan kejuaraan liga selain melunaskan misi untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu piala dalam saingan tahun ini.

“Siapa yang menang liga itu adalah yang terbaik dalam Malaysia dan dua musim lalu, Selangor adalah pasukan yang terbaik dan musim ini pun kita juga masih dalam saingan untuk menjadi juara sehingga ke akhir perlawanan.

“Saya berpuas hati dan kita tunggu saja perlawanan terakhir nanti,” katanya yang tidak mahu lagi memikirkan mengenai Piala Malaysia dan mahu memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan terakhir Liga Super yang bakal menyaksikan pasukannya bertemu Perak di laman lawan pada 6 Julai ini. 
Kelmarin, Selangor menewaskan Felda United 2-1 di Stadium Shah Alam untuk terus menghambat Kelantan yang turut menang tipis 1-0 ke atas Perak.

Devan beranggapan saingan liga amat berbeza dengan Piala FA atau pun Piala Malaysia yang mana kedua-dua kejohanan berkenaan adalah format kalah mati.













BELUM TAMAT BUAT RED GIANTS JULANG PIALA - DEVAN

SHAH ALAM - Pengendali Selangor, K. Devan menyifatkan kejuaraan Liga Super sebagai gelaran paling berprestij jika dibandingkan dengan Piala Malaysia dan Piala FA.
Menurutnya, sesiapa yang berjaya menjuarai Liga Super paling layak dinobatkan selaku pasukan terbaik sesuatu musim tersebut.

"Pada pendapat saya, pasukan terbaik musim sudah pasti pemenang liga.
"Ini kerana dalam aksi liga, setiap pasukan perlu mengharungi 26 perlawanan semuanya dan kamu perlu mencatat keputusan konsisten sepanjang tempoh enam bulan untuk bergelar juara.
"Piala FA dan Piala Malaysia pula menggunakan format kalah mati, ada kalanya menang kalah sebuah pasukan itu bergantung kepada nasib," ujarnya.

Devan mengulas demikian apabila ditanya apakah dia sudah mula beralih tumpuan kepada Piala Malaysia selepas peluang memburu gelaran hatrik Liga Super tampak samar, memandangkan peneraju liga selesa memegang kelebihan dua mata di atas mereka menjelang perlawanan penutup tirai 6 Julai ini.

Bagaimanapun, Devan menganggap Piala Malaysia tetap penting kerana ia dapat menebus maruah Selangor selaku kuasa besar bola sepak kebangsaan, andai Gergasi Merah Kuning terlepas kejuaraan Liga Super kepada Kelantan bulan depan.

"Selangor sudah terlepas Piala FA dan jika terlepas Liga Super yang kami pegang untuk dua musim lalu pada hari penentuan nanti, maka Piala Malaysia adalah buruan terakhir.
"Sebagai pasukan besar, jika kami menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang trofi, maka 
kami gagal," tegasnya.








PASUKAN SELANGOR HARAPKAN KEAJAIBAN

AKSI terakhir Liga Super pada 6 Julai depan mesti berakhir dengan Selangor menewaskan Perak di Ipoh manakala Kelantan pula tewas kepada Sabah di Kota Kinabalu.
Hanya skrip seperti itu saja yang mampu memastikan Selangor dapat merangkul kejuaraan Liga Super buat musim ketiga berturut-turut.
Andai Kelantan seri atau berjaya menewaskan Sabah, gelaran juara Liga Super pasti akan terlepas ke tangan pasukan bergelar The Red Warriors itu.
Juara Piala FA, Terengganu juga masih berpeluang tetapi terpaksa mengharapkan Kelantan dan Selangor tewas sementara mereka pula perlu menang besar ke atas Felda United di Cheras.
Kelantan kini menduduki tangga teratas dengan 53 mata diikuti Selangor dengan 51 mata dan Terengganu 50 mata.
Bagi jurulatih Selangor, K. Devan, apa pun boleh berlaku pada aksi terakhir itu dan beliau masih optimis Selangor akan mengekalkan kejuaraan Liga Super.
"Kalau kita menang ke atas Perak dan Kelantan kalah kepada Sabah, kita akan muncul juara. Kita akan turun untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik kita pada aksi menentang Perak kelak.
"Saya yakin Sabah juga pasti mahukan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan. Kelantan pasti akan lebih tertekan pada aksi terakhir nanti.
"Pasukan juara liga adalah yang terbaik berbanding saingan kalah mati kerana mereka konsisten sepanjang 26 perlawanan dalam tempoh lima atau enam bulan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam kelmarin.
Pada perlawanan itu, Selangor menang 2-1 ke atas Felda United hasil rembatan jarak jauh P. Gunalan dan sepakan penalti Safiq Rahim.
"Kami bukan menang nasib. Kami berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan dan memang wajar mendapat sepakan penalti tersebut," jelas Devan.






Rabu, 15 Jun 2011

KEPUTUSAN PENUH