PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 16 Jun 2011

CONGAK DEVAN

BIARPUN di atas kertas Kelantan memiliki kelebihan menjulang trofi Liga Super buat kali pertama sejak diperkenalkan pada 2004, pencabar terdekat Selangor masih belum mahu mengalah dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan.
Dengan hanya berbaki satu lagi perlawanan, peneraju liga, Kelantan kini mengumpul 53 mata, dua mengatasi Selangor manakala Terengganu di tangga ketiga masih mengintai peluang di saat akhir kerana hanya ketinggalan tiga mata.

Jurulatih Selangor, K Devan berpuas hati dengan aksi anak buahnya ketika menumpaskan Felda United 2-1 kelmarin untuk membolehkan mereka terus memberi tekanan kepada Kelantan sehingga ke penghujung saingan.
“Bagi saya, kemenangan ke atas Felda United amat berharga untuk memberi tekanan kepada Kelantan kerana kami mahu kejuaraan ditentukan sehingga ke perlawanan terakhir liga.

“Di atas kertas sememangnya Kelantan memiliki kelebihan tapi saya masih mengharapkan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kami hanya perlu berusaha untuk memenangi perlawanan selepas ini dan menantikan apakah keputusan dicatat pasukan lain,” katanya yang dihubungi semalam.

Bagaimanapun peminat bola sepak tanah air terpaksa menunggu sehingga 6 Julai ini untuk mengetahui pasukan manakah yang bergelar juara musim ini kerana liga akan berehat lebih kurang tiga minggu kecuali perlawanan membabitkan Harimau Muda A dengan Pahang dan Kuala Lumpur.
Devan melihat tempoh itu bakal memberikan ruang untuk semua pasukan menyusun strategi termasuk Selangor yang akan berdepan Perak di Ipoh pada perlawanan terakhir liga.

“Tempoh rehat ini akan memberikan masa yang cukup untuk pemain saya kembali cergas. Saya juga mempunyai beberapa pemain yang cedera ketika ini iaitu Mohd Razman Roslan, Mohd Nasriq Baharom dan Mohammad Hardi Jaafar dan saya harap mereka sempat sembuh sebelum perlawanan terakhir,” katanya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan