PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 31 Mei 2011

SELANGOR TEKAD BANGKIT


KEMENANGAN ke atas Negeri Sembilan Sabtu lalu disifatkan satu kebangkitan yang tepat pada masanya oleh K Devan yang berharap pemain Selangor terus meraih tiga mata penuh pada baki tiga perlawanan sebelum Liga Super melabuhkan tirai musim ini. 

Menurut pengendali Merah Kuning itu, kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam itu bukan saja amat bermakna dalam meningkatkan kembali moral pemain dan sokongan peminat setia, lebih penting ia kembali mencerahkan peluang untuk bersaing merebut kejuaraan liga di belakang Kelantan dan Terengganu, apabila ketinggalan dua mata berbanding dua pasukan Pantai Timur yang berkongsi 47 mata.
Kelantan dan Terengganu hanya dipisahkan dengan perbezaan gol dan kedua-dua pasukan bakal bertemu di Kuala Terengganu Isnin depan manakala Selangor menanti kunjungan pasukan terbawah liga, Perlis di Shah Alam.

Andai Selangor menang ke atas Perlis dan Kelantan serta Terengganu seri, maka ketiga-tiga pasukan mengumpul jumlah mata sama, manakala jika ada pasukan yang tewas, Selangor berpeluang melonjak ke tangga kedua.

Devan berkata, tempoh rehat selama seminggu ketika ini dimanfaatkan sebaiknya untuk dia kembali memantapkan pasukan dan memberi peluang kepada beberapa tonggak yang masih cedera, pulih sepenuhnya. 

“Selepas kemenangan ke atas Negeri Sembilan, semua pemain diberi cuti rehat tiga hari bagi membolehkan mereka kembali segar selepas mengharungi jadual padat sejak dua bulan lalu,” katanya. 

Apa yang menggembirakan Devan, prestasi penyerang Mohd Fadzli Saari dan Mohd Rudie Ramlie yang menemui sasaran ketika kemenangan ke atas Negeri Sembilan semakin tajam di depan gawang lawan. 
“Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, Fadzli dan Rudie tunjukkan peningkatan, selain komitmen tinggi pemain lain dan ini satu perkembangan baik untuk bersaing dan mempertahankan kejuaraan Liga Super,” 





Isnin, 30 Mei 2011

MERAH KUNING TEKAD BANGKIT





KEBANGKITAN Selangor selepas tiga kekalahan berturut-turut membolehkan skuad Merah Kuning itu terus bersaing merebut kejuaraan Liga Super musim ini yang berbaki tiga perlawanan lagi.
Saingan Liga Super kini terarah kepada tiga penjuru dengan Selangor di bawah bimbingan ketua jurulatih K Devan berada di tempat ketiga dengan mengumpul 45 mata, ketinggalan dua mata kepada dua seteru dari pantai timur, Kelantan dan Terengganu yang dibezakan dengan jaringan gol.

Menurut kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah kemenangan itu hadir tepat pada masanya bagi membangkitkan kembali moral dan tahap keyakinan rakan sepasukannya yang lain.


“Hasrat kami untuk mencatatkan kemenangan selepas tiga kekalahan akhirnya tercapai dan lebih menggembirakan ia hadir di gelanggang sendiri (Stadium Shah Alam) sekali gus menunjukkan kami masih tidak berputus asa mempertahankan gelaran liga.

“Semua rakan sepasukan menunjukkan komitmen yang tinggi termasuk beberapa pemain yang tidak mencapai tahap kecergasan yang sepenuhnya seperti Mohd Rudie Ramli, Mohd Fadzli Saari dan Mohd Hardi Jaafar namun tetap turun beraksi untuk merealisasikan impian meraih tiga mata,” katanya ketika dihubungi semalam.


Selangor menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada perlawanan ke-23 Liga Super menerusi dua jaringan separuh masa kedua sumbangan Mohd Rudie dan Mohd Fadzli. Kapten Selangor berusia 30 tahun juga berharap mereka akan dapat mengutip mata penuh apabila mengharungi baki tiga perlawanan terakhir selepas liga bersambung semula 6 Jun ini menentang Perlis, Felda United (14 Jun) dan Perak (6 Julai).



“Kami memang mengharapkan tiada akan tercicir sebarang mata lagi manakala Kelantan dan Terengganu mungkin akan tercicir mata kerana bertemu sesama sendiri serta perlu menghadapi lawan yang lebih sukar berbanding kami,” katanya.

Selangor kini memburu gelaran hatrik Liga Super musim ini selepas terlepas Piala Sultan Ahmad Shah dan Piala FA.








Ahad, 29 Mei 2011

KEPUTUSAN PENUH










Sabtu, 28 Mei 2011

LIGA SUPER (PERLAWANAN KE 24)




28 MEI 2011
STADIUM SHAH ALAM
8.45PM

Khamis, 26 Mei 2011

KEPUTUSAN PENUH

Rabu, 25 Mei 2011

DEVAN BEGANG

“KENAPA saya harus letak jawatan. Dalam tempoh dua tahun, saya sudah membawa lima piala untuk Selangor, ada jurulatih lain boleh memberikannya?”
Persoalan itu dilontar ketua jurulatih Selangor yang juga pengurus pasukan, K Devan berikutan khabar angin peminat Merah Kuning itu yang hilang sabar akibat kekalahan 2-1 kepada Pahang, Jumaat lalu ketika skuad itu memerlukan kemenangan untuk terus bersaing merebut kejuaraan Liga Super musim ini.

“Kalau saya letak jawatan, adakah jurulatih lain mampu memberikan kejayaan seperti yang saya bawa dalam tempoh dua tahun lalu.
“Semua kesilapan termasuk tersingkir dari saingan Piala FA adalah kerana barisan pertahanan, tiada kaitan unsur lain. Malah Selangor baru ketinggalan dua mata, bukannya berada dalam pasukan bawahan liga,” katanya.

Jurulatih berusia 50 tahun itu membawa Selangor menjulang tiga piala iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Sultan Ahmad Shah pada 2009 yang juga tahun pertamanya membimbing Selangor dan disusuli kejayaan mempertahankan dua daripada kejuaraan itu pada 2010.

Beliau bagaimanapun tidak terganggu dengan khabar angin dan sebaliknya memberikan tumpuan penuh dalam misi meraih tiga mata apabila berdepan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam malam ini.
“Saya akui kami perlu menang perlawanan ini bagi memulihkan kembali keyakinan serta moral pemain dan saya yakin peluang mempertahankan kejuaraan masih ada kerana Kelantan dan Terengganu bakal tercicir mata (kedua-dua pasukan itu bertemu pada 6 Julai ini),” katanya.

Devan bagaimanapun perlu memikirkan strategi terbaik untuk aksi itu kerana tidak dapat menggunakan khidmat beberapa pemain utama seperti Khairul Anuar Baharom, Mohd Razman Roslan, Mohd Hardi Jaafar, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Fadzli Saari manakala nasib Mohd Safiq Rahim, Mohd Rudie Ramli dan P Gunalan yang mengalami kecederaan ringan belum dapat dipastikan.
Selangor yang memburu gelaran hatrik Liga Super musim ini berada di tempat ketiga dengan 42 mata di belakang Kelantan dan Terengganu yang kini berkongsi 44 mata namun dibezakan jumlah jaringan.



LIGA SUPER (PERLAWANAN KE 23)



25 MEI 2011
STADIUM SHAH ALAM
8.45PM

SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG DI ASTRO ARENA 801



Isnin, 23 Mei 2011

KEPUTUSAN PENUH













Ahad, 22 Mei 2011

LIGA SUPER (PERLAWANAN KE 22)




22 MEI 2011
STADIUM DARUL MAKMUR
8.45PM

Khamis, 19 Mei 2011

KEPUTUSAN PENUH











SELANGOR TEKAD BALAS DENDAM

Skuad Devan mahu tebus kekalahan pusingan pertama kepada T-Team 

KEKECEWAAN saingan Piala FA sudah dilupakan dan Selangor bakal turun ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini dengan misi menebus kekalahan kepada T-Team pada pusingan pertama dan terus mengukuhkan kedudukan di takhta Liga Super.
Kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah berkata, dia dan rakan sepasukan bertekad untuk berjuang habis-habisan menentang kelab dari Pantai Timur walaupun menyedari ada kalangan mereka masih sukar melupakan kekalahan besar 6-2 secara agregat kepada Kelantan yang menyaksikan mereka tersingkir pada separuh akhir Piala FA Isnin lalu.

“Kami semua sudah diingatkan oleh jurulatih, K Devan supaya melupakan keperitan kekalahan Piala FA itu dan tumpukan sepenuh perhatian untuk saingan liga dan mencatat sejarah muncul pasukan pertama mencatat hatrik menjuarai Liga Super,” katanya semalam. 

Selangor yang kini menduduki tangga teratas liga dengan mengumpul 42 mata daripada 19 perlawanan, tewas kepada T-Team 2-0 pada aksi pusingan pertama Liga Super di Stadium Shah Alam 9 April lalu. 

Amri yang juga penjaring kedua terbanyak skuad Merah Kuning itu dengan himpunan 4 gol setakat ini berkata, selain kecederaan yang melanda beberapa tonggak skuad itu, satu lagi cabaran yang menanti mereka di Kuala Terengganu hari ini ialah beraksi di sebelah petang buat pertama kali musim ini. 

Menurut Amri, walaupun Selangor pernah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di sebelah petang, keadaan cuaca agak panas mungkin akan memberi kesan terhadap prestasi pemain terutama selepas kepenatan mengharungi jadual liga yang padat ketika ini. 
“Apapun, kami tidak rasakan ia masalah besar kerana lawan juga terpaksa mengharungi keadaan serupa. Apa yang penting kami mahu pastikan Selangor tidak kalah lagi dan terus kekal di takhta liga,” katanya. 











LIGA SUPER (PERLAWANAN KE 21)



19 MEI 2011
STADIUM SULTAN ISMAIL NASARUDDIN SHAH
4.45PM



Rabu, 18 Mei 2011

HANYA JUARA LIGA PENGUBAT LUKA

HANYA kejayaan mempertahankan takhta Liga Super mampu mengubat kekecewaan pasukan yang penuh dengan tradisi kejuaraan dan sejarah dalam kancah bola sepak tempatan, Selangor selepas terlepas dua piala pada saingan Liga M musim ini.
Kelantan terus menjadi badi kepada Selangor musim ini apabila menyingkirkan skuad bimbingan jurulatih K Devan (gambar) itu pada aksi separuh akhir Piala FA, malam kelmarin selain merampas Piala Sultan Ahmad Shah pada perlawanan Sumbangsih pada awal tahun ini.

Malah kedua-dua pasukan itu turut bersaing bagi merebut kejuaraan Liga Super dengan Selangor kini mendahului liga apabila mengumpul 42 mata diikuti Kelantan di tempat kedua ketinggalan dua mata manakala Terengganu di tempat ketiga, 38 mata.
Devan yang juga pengurus Selangor pastinya tidak mahu The Red Warriors terus menjadi penghalang Red Giants untuk meraih kejuaraan liga pula.

“Kami tidak tertekan selepas kegagalan itu dan melihat tindak balas positif pemain (pada perlawanan di Kota Bharu malam kelmarin) walaupun mereka kecewa tersingkir pada saingan Piala FA.

“Saya harap pemain dapat mengalihkan tumpuan dengan fokus sepenuhnya dan konsisten ketika saingan Liga Super berbaki tujuh perlawanan lagi, empat daripadanya di gelanggang sendiri,” katanya.
Tambah pengendali berusia 50 tahun itu, Selangor mempunyai laluan lebih mudah menentang pasukan yang berada di pertengahan dan bawahan liga berbanding Kelantan dan Terengganu.

Selangor yang memburu hatrik kejuaraan Liga Super musim ini akan meneruskan perjuangan dengan berkunjung ke Kuala Terengganu menentang T-Team yang berada di pertengahan liga pada aksi yang dijadual berlangsung pada 4.45 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.










DEVAN BERALIH TUMPUAN BURU HATRIK KEJUARAAN LIGA SUPER

"KAMI sudah lupakan kegagalan Piala FA dan kembali memberi tumpuan mempertahankan kejuaraan liga dan berazam mencatat sejarah muncul pasukan pertama mencatat hatrik menjuarai Liga Super,” kata jurulatih Selangor K Devan sejurus Selangor tersingkir di separuh akhir kedua Piala FA kepada Kelantan di Kota Bahru, semalam. 

Devan berkata, walaupun tidak menyangka Selangor tersingkir dengan agregat besar 6-2, mereka sudah boleh menerima hakikat perit itu dan bertekad memperbaiki prestasi pada saingan liga yang disambung dengan perlawanan menentang T-Team di Kuala Terengganu, esok.

“Inilah kenyataan dalam bola sepak, kadang-kadang menang dan ada kalanya boleh kalah dengan jumlah jaringan besar,” katanya.

Selangor kini menduduki tangga teratas Liga Super dengan 42 mata selepas 19 perlawanan, dua mata mengatasi Kelantan yang menduduki tangga kedua, tetapi Devan mengakui, bukan mudah mengekalkan prestasi cemerlang liga, terutama ketika berdepan masalah kecederaan ramai tonggak ketika ini. 

Antara pemain Selangor yang masih cedera ialah Mohd Fadzli Saari, Khairul Anuar Baharom, Mohd Safiq Rahim, Mohd Amirul Hadi Zainal, Mohd Razman Roslan dan Mohd Nasriq Baharom. 

Begitupun, Fadzli dan Nasriq dijangka dapat diturunkan untuk perlawanan menentang T-Team sambil mengharap kapten kebangsaan, Safiq yang direhatkan pada separuh akhir kedua di Kota Bahru kelmarin, mampu tampil lebih cergas bagi pertemuan menentang kelab Pantai Timur itu. 

Satu lagi perkara memeningkan Devan ialah memilih penjaga gol, sama ada mengekalkan Saiful Amar Sudar yang beraksi buruk ketika kekalahan 5-1 kepada Kelantan di Shah Alam atau menurunkan Mohd Iqbal Suhaimi yang direhatkan sejak pertemuan pusingan pertama menentang T-Team 9 April lalu tetapi menunjukkan prestasi memberangsangkan di Kota Bahru kelmarin. 
“Saya akan menilai semula prestasi kedua-dua penjaga gol sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya. 













Selasa, 17 Mei 2011

KEPUTUSAN PENUH PIALA FA 2011 (SEPARUH AKIHIR 2)





Agg : Kelantan 6 Selangor 2




Isnin, 16 Mei 2011

ASRARUDDIN RAKAN BANGKIT DEMI MARUAH

“MAIN demi maruah dengan sekurang-kurangnya mencatatkan kemenangan ke atas Kelantan, malam ini.”
Ingatan itu disuarakan pemain pertahanan Selangor dan kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar kepada rakan sepasukan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA di Kota Bharu.

Juara lima kali Piala FA itu berdepan misi mustahil apabila perlu menjaringkan sekurang-kurangnya lima gol untuk menafikan kemaraan Kelantan ke pentas final Piala FA musim ini selepas dibelasah 5-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.
Namun bagi pemain berusia 23 tahun itu, perkara itu bukan mustahil direalisasi walaupun Selangor tewas semua tiga perlawanan kepada Kelantan musim ini termasuk kegagalan mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah pada aksi pembukaan Liga Super musim ini.

“Kami sebenarnya belum putus asa dan pada pandangan saya tiada yang mustahil cuma perlu bekerja keras untuk melakar kejutan,” katanya.

Tambahnya lagi kekuatan Kelantan berpunca daripada kelincahan dua pemain sayap, Mohd Nurul Azwan Roya dan S Chanturu yang ditambah dengan ketangkasan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bagi menjadikan jentera serangan The Red Warriors cukup berbisa.
“Gandingan tiga pemain ini membuatkan Kelantan sangat berbahaya selain bantuan jentera tengah sekali gus membolehkan barisan pertahanan mereka tidak perlu bersusah-payah membantu barisan depan.

“Apa yang mereka perlu lakukan adalah memberikan tumpuan penuh untuk mematahkan serangan Selangor dengan mudah,” katanya.

Pemain pertahanan kanan Selangor itu turut menjelaskan mereka sebenarnya tidak berputus asa dan berazam merubah keputusan perlawanan yang bakal memihak kepada Selangor serta menghukum Kelantan di hadapan penyokong mereka.







PERLAWANAN PIALA FA (SEPARUH AKHIR KEDUA)






SAKSIKAN SECARA LANGSUNG DI ASTRO ARENA 801


SEPARUH AKHIR KEDUA
16 MEI 2011
STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE - IV
8.45PM




Ahad, 15 Mei 2011

Jumaat, 13 Mei 2011

PIALA FA (SUKU AKHIR PERTAMA)











SUKU AKHIR PERTAMA
13 MEI 2011
STADIUM SHAH ALAM
8.45PM

Rabu, 11 Mei 2011

DEVAN TAK RELA KALAH LAGI

PERSAINGAN dua kuasa bola sepak tempatan, Selangor dan Kelantan dalam merebut kejuaraan Liga Super musim ini dilupakan seketika apabila kedua-dua pasukan itu kini mengalih tumpuan dalam saingan memburu tiket final Piala FA apabila bertemu pada separuh akhir pertama Jumaat ini.
Malah Selangor di bawah kendalian jurulatih K Devan dilihat terdesak untuk membuktikan kemampuan sebenar gergasi Merah Kuning itu selepas kecundang dua perlawanan Liga Super musim ini, termasuk gagal mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada perlawanan Sumbangsih.

“Saya tidak mahu tewas lagi dan mengharapkan pemain akan memberikan sepenuhnya kerana kami sudah tewas dua kali musim ini kepada Kelantan. Kesilapan mudah membabitkan barisan pertahanan seperti aksi perlawanan Sumbangsih seharusnya tidak berulang terutamanya pada peringkat ini,” katanya yang juga memikul tugas sebagai pengurus Selangor.
Tambah pengendali berusia 50 tahun itu, kemenangan dengan sekurang-kurangnya dua gol perlu direalisasikan oleh anak-anak buahnya bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua di tempat lawan dan paling penting, tidak melepaskan sebarang gol kerana Piala FA menggunakan peraturan jaringan di tempat lawan.

“Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada jentera serangan Selangor setakat ini untuk melakukannya walaupun jumlah jaringan kami berkurangan dalam Piala FA dan Liga Super tanpa kehadiran Mohd Safee Sali (bekas penyerang Selangor), namun kami sudah sampai berjaya sampai ke tahap ini. Jadi peluang seperti ini tidak seharusnya disia-siakan begitu saja,” katanya.

Selangor bagaimanapun kehilangan dua tonggak dalam pertembungan penting itu selepas pertahanan, Khairul Anuar Baharom dan Mohd Razman Roslan tersisih akibat kecederaan.
Keputusan perlawanan itu pastinya sukar diramal selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi konsisten dalam saingan Liga Super.

Selepas bertarung 90 minit di Stadium Shah Alam, aksi separuh akhir kedua akan berlangsung di Kota Bharu pada 16 Mei ini bagi menentukan pasukan yang layak bersaing di final pada 11 Jun depan.








Selasa, 10 Mei 2011





 PENYERANG Kedah, Mohd Fiqri Md Isa  (dua dari kanan)  cuba melepasi penjaga gol Selangor  di Stadium Darulaman, malam tadi.
PENYERANG Kedah, Mohd Fiqri Md Isa (dua dari kanan) cuba melepasi penjaga gol Selangor di Stadium Darulaman, malam tadi.
Posisi itu mungkin berubah andai Kelantan menewaskan NS di Paroi, malam ini 

SELANGOR kembali menerajui persada Liga Super selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi tapi harus sedar status itu mungkin bersifat sementara.

Pasukan kendalian K Devan terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk membuka jaringan menerusi Fadzli Shaari yang menyempurnakan tolakan cantik Mohd Amri Yahyah pada minit ke-59 untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias. 

Selangor memastikan kemenangan selesa apabila Rudie Ramli menyudahkan umpanan cantik P Gunalan tiga minit sebelum tamat permainan. 

Sementara itu, Johor FC menyekat impian besar Terengganu mendahului carta apabila menang 2-1 di Stadium JCORP. Gol pasukan tuan rumah adalah sumbangan Mohd Khairul Ismail pada minit ke-14 dan Mohd Izuan Jarudin (minit ke-17) manakala gol sagu hati pelawat menerusi Ismail Faruqi Asha’ri (minit ke-53). 

  • Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A terlepas peluang mengutip mata penuh apabila sekadar seri 1-1 bertemu Perak. Jaringan Gary Steven Robbat pada minit terakhir babak pertama muncul penyelamat buat pasukan kendalian Ong Kim Swee selepas pelawat mendahului menerusi Wan Hossen Wan Abdul Ghani, minit ke-47. 

  • Di Stadium KLFA Cheras, Perlis pulang hampa apabila tuan rumah, Kuala Lumpur bangkit pada babak kedua untuk menang 3-0. 

    Ahmad Hazwan membuka tirai jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-50 hasil sepakan penalti sebelum menambah dua lagi jaringan menerusi Mohd Badrul Hisyam Azmi (m-77) dan Azmi Sarmin (m-78). 

  • Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team menundukkan FELDA United 2-0. Tuan rumah membuka tirai jaringan minit kedua hasil sumbangan Indra Putra Mahayuddin dan gol kedua menerusi Mohd Badrul Hisani Abd Rahman (m-86). 

    Di Stadium Likas, Sabah menjadikan Pahang sebagai mangsa apabila menang 2-0 hasil jaringan Shahrul Azhar Tore (m-36) dan Zaininzam Marjan (m-71). 













  • SELANGOR RAMPAS TERAJU LIGA

    PEMAIN Kedah, Mohd. Azmi Muslim (tengah) dicabar dua pemain Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, semalam.



    KUALA LUMPUR - Selangor merampas semula teraju carta persaingan bola sepak Liga Super 2011 biarpun sekurang-kurangnya mungkin buat sehari selepas menundukkan Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.
    Dengan Kelantan hanya akan menentang Negeri Sembilan hari ini, anak buah K. Devan melangkau pencabar terdekatnya dengan memungut 42 mata hasil jaringan Fadzli Saari dan Rudie Ramli pada minit ke-59 dan ke-87.
    Buat seketika, Merah Kuning agak selesa di tangga teratas apatah lagi dibantu dengan kekalahan pencabar dari tempat ketiga, Terengganu 2-1 kepada Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

    Kekalahan Kedah pula membuka peluang Perak memintasnya di tangga keempat biarpun terpaksa mengikat Harimau Muda A 1-1 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan penyamaan Wan Hossen Wan Ghani pada minit ke-47.
    Seladang dikejutkan dengan jaringan pendahuluan pemain skuad Bawah 21 negara, Gary Steven Robbat selepas menyudahkan hantaran Ferris Danial dari sebelah kiri pada penghujung babak pertama.
    Perak terikat 28 mata dengan Kedah tetapi dipisahkan menerusi perbezaan gol sementara Harimau Muda A kekal di tangga ketujuh liga tetapi cuba disaingi Johor FC yang turut berkongsi 23 mata.

    Gol Indra Putra Mahayuddin dan Badrul Hisani Rahman pada minit kedua dan 86 pula menjulang T-Team ke tangga kesembilan setelah menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
    Bekas pemain negara, Liew Kit Kong terlepas peluang merapatkan jurang gol gara-gara 
    mensia-siakan sepakan penalti pelawat yang diperoleh dalam masa kecederaan babak kedua.














    KEPUTUSAN PENUH













    Isnin, 9 Mei 2011

    LIGA SUPER (PERLAWANAN KE 19)









    9 MEI 2011
    STDIUM DARUL AMAN
    8.45 MALAM



    'ROBEK SELANGOR'

    MISI utama ialah memastikan tiga mata penuh dengan menundukkan Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman, malam ini demikian kata penyerang utama pasukan Hijau Kuning, Badrul Bakhtiar.
    Menurutnya, ketika diaib Kelantan, 2-0 di Kota Bharu, Jumaat lalu mereka tidak beraksi sebegitu buruk tapi bermain lebih cemerlang dengan sokongan ribuan peminat mereka.

    “Saya akur tugas sukar menanti kami esok (malam ini) tetapi kami bertekad mahu memastikan kemenangan yang terlepas daripada kami pada perlawanan lalu.
    “Kini dengan sokongan peminat yang memenuhi stadium kami akan bangkit untuk menggembirakan mereka yang tidak pernah jemu memberi sokongan setiap kali kami beraksi.

    “Saya hanya berdoa agar rangkian penyerang, Faizal Abu Baker, Mohd Syakir Ali dan Mohd Fiqry mampu menumpukan perhatian selama 90 minit bagi merobek gawang Selangor.” Katanya, Selangor sebagai pendahulu liga pasti akan beraksi dengan lebih yakin tetapi mereka juga akan mempamerkan prestasi terbaik untuk mengatasi lawan yang berjaya mencatatkan lebih kemenangan di gelanggang lawan berbanding Kedah.

    “Saya perlu memantapkan lagi permainan bagi menandingi prestasi lawan yang dibarisi pemain berpengalaman.
    “Hanya kemenangan akan memastikan kami kekal di tempat keempat kerana tempat ketiga yang diduduki oleh Terengganu kini bertambah jauh daripada jangkauan,” kata Badrul.








    KEDAH TURUN TEMPANG TEMBUNG SELANGOR

    PERIT memikirkan cabaran tanpa segenggam tonggak utama yang tercedera dan belum cergas, jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan (atas) tiada pilihan kecuali bergantung kepada sumbangan barisan muda menjelang pertemuan menentang Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, malam ini. 

    “Saya harap dengan strategi yang kita atur dapat mencipta satu kejutan mengutip mata penuh di tempat sendiri walaupun dengan barisan muda,” katanya, semalam.

    Antara pemain utama yang masih cedera dan tidak cergas sepenuhnya adalah pemain sayap, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, penyerang, Azlan Ismail serta dua pemain tengah, Mohd Azmi Muslim dan V Thirumurugan.

    Wan Jamak berkata walaupun akan berdepan tekanan daripada penyokong sendiri, dia menasihatkan anak didiknya itu bermain dengan sikap tenang tetapi penuh berwaspada menyedari Selangor mampu menghukum setiap kesilapan lawan. 

    “Tekanan penyokong sebenarnya baik untuk menyuntik semangat pemain tetapi bukan semua pemain dapat terima,” katanya. “Saya harap pemain dapat memberi fokus 100 peratus.” 




















    Sabtu, 7 Mei 2011

    SELANGOR, KELANTAN KEKAL KEDUDUKAN

    KUALA LUMPUR - Terengganu berpesta gol apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

    Namun pesta gol skuad Penyu tidak membantu mereka merampas takhta Liga Super apabila dua pasukan teratas, Kelantan dan Selangor mengekalkan kedudukan masing-masing setelah turut melakar kemenangan di laman sendiri.
    Abdul Manaf Mamat meledak dua gol untuk Terengganu pada minit ke-52 dan ke-75. Dua lagi jaringan pasukan tuan rumah menerusi Abdul Hadi Yahya (m-18) dan Hellmi Rameli (m-70).

    Di Stadium Shah Alam, Selangor cemas seketika sebelum memastikan kemenangan 3-2 ke atas Johor FC.
    Pasukan pelawat mendahului pada minit ke-22 menerusi Shahrizal Mohd. Saad, namun Selangor bangkit dengan jaringan Rudie Ramli (m-65) dan Amri Yahya (m-69) manakala jaringan ketiga oleh Azidan Sarudin (m-77).
    Mohd. Khairul Ismail menjaringkan gol kedua Johor FC.
    Rentak kemenangan pendahulu liga, Kelantan bagaikan tidak mampu disekat apabila menang 2-0 ke atas Kedah di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu menerusi jaringan Khalid Jamlus (m-54), S. Chanturu (m-66).
    Di Stadium Utama, Kangar, Perlis akhirnya melakar kemenangan kedua musim ini apabila mengatasi T-Team 2-1.
    Namun pelawat mendahului menerusi Haris Safwan pada minit ke-18. Perlis bangkit menyamakan kedudukan menerusi Mohd. Rizal Ghazali pada minit ke-26 dan Syed Abdul Ghafar Syed Amir muncul wira dengan gol kemenangan Perlis pada minit ke-83.

    Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras, Felda United mengalahkan Harimau Muda A 2-0 hasil jaringan Liew Kit Kong (m-40) dan bekas penyerang kebangsaan, Mohd. Nizaruddin Yusof (m-76).

    Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah mencatat kemenangan ketiga apabila mengalahkan Negeri Sembilan 2-0 hasil jaringan Zainizam Marjan (m-68) dan Md. Farid Ideris (m-84).

    Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah yang kalah dalam dua perlawanan terakhir, seri tanpa jaringan dengan Pahang.









    KEPUTUSAN PENUH





    Jumaat, 6 Mei 2011

    LIGA SUPER (PERLAWANAN KE 18)




    6 MEI 2011
    STADIUM SHAH ALAM
    8.45PM





    Rabu, 4 Mei 2011

    SELANGOR KEMBALI TEMUI RENTAK



    PEMAIN Selangor, Hardi Jaafar (kanan) mengasak pemain Kuala Lumpur, Muhd. Hazwan Rahman pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.


    JUARA bertahan, Selangor kembali menemui rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan musuh setempat, Kuala Lumpur 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
    Dua jaringan Rudie Ramli dan satu gol daripada Safiq Rahim sudah cukup untuk membawa kebangkitan Selangor yang tewas 0-1 kepada Kelantan dan seri 1-1 dengan Terengganu pada dua aksi sebelum ini.
    Namun Selangor masih kekal di tangga kedua menerusi perbezaan jaringan biarpun terikat 36 mata setelah pendahulu, Kelantan turut menewaskan Johor FC 1-0 di Pasir Gudang.
    Pada aksi malam tadi, Selangor mendahului seawal minit ke-10 menerusi rembatan cantik Rudie yang gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali.
    Kuala Lumpur berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-30 selepas Ahmad Hazwan Bakri pantas menyambar hantaran Fahrul Razi Kamaruddin.
    Enam minit kemudian, Kuala Lumpur berpeluang menambah jaringan tetapi rembatan kencang Syafiq Johari dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar.
    Sebaik babak kedua bersambung, Selangor tidak menunggu lama apabila memperoleh gol kedua hasil sepakan percuma Safiq pada minit ke-46.
    Kuala Lumpur terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-60 setelah penyerangnya, Azmi Sarmin dibuang padang akibat kad kuning kedua kerana melakukan terjahan lewat terhadap Azidan Sarudin.
    Kelebihan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh Selangor apabila berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-89 yang juga gol kedua peribadi Rudie menerusi satu serangan balas.
    Selangor akan menanti kunjungan Johor FC pada aksi ke-18 di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.








    KEPUTUSAN PENUH

    Selasa, 3 Mei 2011

    RED GIANTS TEMPANG PEMAIN CEDERA




    SHAH ALAM - Selangor hanya mampu menarik sedikit nafas lega dengan kembalinya pemain tengah berpengalaman, Hardi Jaafar daripada penggantungan perlawanan Liga Super 2011.
    Namun, beban kecederaan ramai tonggak masih belum terlepas daripada bahunya.

    Seperti ketika diikat 1-1 di Terengganu, Sabtu lalu, Amirulhadi Zainal, Khairul Anuar Baharum dan Razman Roslan berkemungkinan besar terpaksa melupakan pula pertemuan berjiran Gergasi Merah dengan Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini.

    Malah, jika tahap kecergasan penyerang utama, Fadzli Saari dan Bunyamin Umar yang turut tercedera dan masih menimbulkan keraguan, hasrat jurulatih Merah Kuning, K. Devan memintas semula Kelantan di teraju liga, bakal terancam menerusi perlawanan ini.

    "Daripada empat tonggak yang tiada di Kuala Terengganu lalu, hanya Hardi yang mungkin dapat kembali selepas digantung perlawanan namun lega saya tidak berpanjangan kerana Fadzli dan Bunyamin pula menyertai senarai pemain yang cedera sebelumnya," katanya.

    Selangor diikat 1-1 oleh Si Helang yang diterajui bekas pertahanan negara, Razip Ismail dalam perlawanan pusingan pertama Liga Super 2011 di Stadium Shah Alam pada 12 Februari lalu dengan Fadzli menjaringkan gol pendahuluan itu.
    "Walau apa pun rintangannya, kami akan tetap cuba menurunkan barisan yang terbaik mungkin apabila berjumpa Kuala Lumpur kerana kami amat mengidamkan tiga mata dan sudah bertekad untuk tidak mencicirkan sebarang mata atau mengulangi kesilapan lalu.

    "Menentang Kuala Lumpur juga penting bagi kami kerana jika dapat mengumpul keputusan baik daripada kelapan-lapan perlawanan sepanjang bulan ini, ia bakal mencorakkan peluang kami mempertahankan gelaran liga," katanya.
    Jika dibandingkan pendahulu liga, Kelantan yang mengunjungi Johor FC di Pasir Gudang, Selangor lebih berpeluang cerah kembali ke teraju tetapi masih perlu mengawasi pencabar di 
    tempat ketiga, Terengganu yang melayani pasukan tercorot, Perlis.