PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 31 Mei 2011

SELANGOR TEKAD BANGKIT


KEMENANGAN ke atas Negeri Sembilan Sabtu lalu disifatkan satu kebangkitan yang tepat pada masanya oleh K Devan yang berharap pemain Selangor terus meraih tiga mata penuh pada baki tiga perlawanan sebelum Liga Super melabuhkan tirai musim ini. 

Menurut pengendali Merah Kuning itu, kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam itu bukan saja amat bermakna dalam meningkatkan kembali moral pemain dan sokongan peminat setia, lebih penting ia kembali mencerahkan peluang untuk bersaing merebut kejuaraan liga di belakang Kelantan dan Terengganu, apabila ketinggalan dua mata berbanding dua pasukan Pantai Timur yang berkongsi 47 mata.
Kelantan dan Terengganu hanya dipisahkan dengan perbezaan gol dan kedua-dua pasukan bakal bertemu di Kuala Terengganu Isnin depan manakala Selangor menanti kunjungan pasukan terbawah liga, Perlis di Shah Alam.

Andai Selangor menang ke atas Perlis dan Kelantan serta Terengganu seri, maka ketiga-tiga pasukan mengumpul jumlah mata sama, manakala jika ada pasukan yang tewas, Selangor berpeluang melonjak ke tangga kedua.

Devan berkata, tempoh rehat selama seminggu ketika ini dimanfaatkan sebaiknya untuk dia kembali memantapkan pasukan dan memberi peluang kepada beberapa tonggak yang masih cedera, pulih sepenuhnya. 

“Selepas kemenangan ke atas Negeri Sembilan, semua pemain diberi cuti rehat tiga hari bagi membolehkan mereka kembali segar selepas mengharungi jadual padat sejak dua bulan lalu,” katanya. 

Apa yang menggembirakan Devan, prestasi penyerang Mohd Fadzli Saari dan Mohd Rudie Ramlie yang menemui sasaran ketika kemenangan ke atas Negeri Sembilan semakin tajam di depan gawang lawan. 
“Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, Fadzli dan Rudie tunjukkan peningkatan, selain komitmen tinggi pemain lain dan ini satu perkembangan baik untuk bersaing dan mempertahankan kejuaraan Liga Super,” 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan