PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 16 Mei 2011

ASRARUDDIN RAKAN BANGKIT DEMI MARUAH

“MAIN demi maruah dengan sekurang-kurangnya mencatatkan kemenangan ke atas Kelantan, malam ini.”
Ingatan itu disuarakan pemain pertahanan Selangor dan kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar kepada rakan sepasukan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA di Kota Bharu.

Juara lima kali Piala FA itu berdepan misi mustahil apabila perlu menjaringkan sekurang-kurangnya lima gol untuk menafikan kemaraan Kelantan ke pentas final Piala FA musim ini selepas dibelasah 5-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.
Namun bagi pemain berusia 23 tahun itu, perkara itu bukan mustahil direalisasi walaupun Selangor tewas semua tiga perlawanan kepada Kelantan musim ini termasuk kegagalan mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah pada aksi pembukaan Liga Super musim ini.

“Kami sebenarnya belum putus asa dan pada pandangan saya tiada yang mustahil cuma perlu bekerja keras untuk melakar kejutan,” katanya.

Tambahnya lagi kekuatan Kelantan berpunca daripada kelincahan dua pemain sayap, Mohd Nurul Azwan Roya dan S Chanturu yang ditambah dengan ketangkasan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bagi menjadikan jentera serangan The Red Warriors cukup berbisa.
“Gandingan tiga pemain ini membuatkan Kelantan sangat berbahaya selain bantuan jentera tengah sekali gus membolehkan barisan pertahanan mereka tidak perlu bersusah-payah membantu barisan depan.

“Apa yang mereka perlu lakukan adalah memberikan tumpuan penuh untuk mematahkan serangan Selangor dengan mudah,” katanya.

Pemain pertahanan kanan Selangor itu turut menjelaskan mereka sebenarnya tidak berputus asa dan berazam merubah keputusan perlawanan yang bakal memihak kepada Selangor serta menghukum Kelantan di hadapan penyokong mereka.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan