PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 10 Mei 2011

SELANGOR RAMPAS TERAJU LIGA

PEMAIN Kedah, Mohd. Azmi Muslim (tengah) dicabar dua pemain Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, semalam.



KUALA LUMPUR - Selangor merampas semula teraju carta persaingan bola sepak Liga Super 2011 biarpun sekurang-kurangnya mungkin buat sehari selepas menundukkan Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.
Dengan Kelantan hanya akan menentang Negeri Sembilan hari ini, anak buah K. Devan melangkau pencabar terdekatnya dengan memungut 42 mata hasil jaringan Fadzli Saari dan Rudie Ramli pada minit ke-59 dan ke-87.
Buat seketika, Merah Kuning agak selesa di tangga teratas apatah lagi dibantu dengan kekalahan pencabar dari tempat ketiga, Terengganu 2-1 kepada Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Kekalahan Kedah pula membuka peluang Perak memintasnya di tangga keempat biarpun terpaksa mengikat Harimau Muda A 1-1 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan penyamaan Wan Hossen Wan Ghani pada minit ke-47.
Seladang dikejutkan dengan jaringan pendahuluan pemain skuad Bawah 21 negara, Gary Steven Robbat selepas menyudahkan hantaran Ferris Danial dari sebelah kiri pada penghujung babak pertama.
Perak terikat 28 mata dengan Kedah tetapi dipisahkan menerusi perbezaan gol sementara Harimau Muda A kekal di tangga ketujuh liga tetapi cuba disaingi Johor FC yang turut berkongsi 23 mata.

Gol Indra Putra Mahayuddin dan Badrul Hisani Rahman pada minit kedua dan 86 pula menjulang T-Team ke tangga kesembilan setelah menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Bekas pemain negara, Liew Kit Kong terlepas peluang merapatkan jurang gol gara-gara 
mensia-siakan sepakan penalti pelawat yang diperoleh dalam masa kecederaan babak kedua.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan