PENYERANG Kedah, Mohd Fiqri Md Isa (dua dari kanan) cuba melepasi penjaga gol Selangor di Stadium Darulaman, malam tadi.
Posisi itu mungkin berubah andai Kelantan menewaskan NS di Paroi, malam ini
SELANGOR kembali menerajui persada Liga Super selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi tapi harus sedar status itu mungkin bersifat sementara.
Pasukan kendalian K Devan terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk membuka jaringan menerusi Fadzli Shaari yang menyempurnakan tolakan cantik Mohd Amri Yahyah pada minit ke-59 untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.
Selangor memastikan kemenangan selesa apabila Rudie Ramli menyudahkan umpanan cantik P Gunalan tiga minit sebelum tamat permainan.
Sementara itu, Johor FC menyekat impian besar Terengganu mendahului carta apabila menang 2-1 di Stadium JCORP. Gol pasukan tuan rumah adalah sumbangan Mohd Khairul Ismail pada minit ke-14 dan Mohd Izuan Jarudin (minit ke-17) manakala gol sagu hati pelawat menerusi Ismail Faruqi Asha’ri (minit ke-53).
Ahmad Hazwan membuka tirai jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-50 hasil sepakan penalti sebelum menambah dua lagi jaringan menerusi Mohd Badrul Hisyam Azmi (m-77) dan Azmi Sarmin (m-78).
Di Stadium Likas, Sabah menjadikan Pahang sebagai mangsa apabila menang 2-0 hasil jaringan Shahrul Azhar Tore (m-36) dan Zaininzam Marjan (m-71).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan