PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 16 Jun 2011

PASUKAN SELANGOR HARAPKAN KEAJAIBAN

AKSI terakhir Liga Super pada 6 Julai depan mesti berakhir dengan Selangor menewaskan Perak di Ipoh manakala Kelantan pula tewas kepada Sabah di Kota Kinabalu.
Hanya skrip seperti itu saja yang mampu memastikan Selangor dapat merangkul kejuaraan Liga Super buat musim ketiga berturut-turut.
Andai Kelantan seri atau berjaya menewaskan Sabah, gelaran juara Liga Super pasti akan terlepas ke tangan pasukan bergelar The Red Warriors itu.
Juara Piala FA, Terengganu juga masih berpeluang tetapi terpaksa mengharapkan Kelantan dan Selangor tewas sementara mereka pula perlu menang besar ke atas Felda United di Cheras.
Kelantan kini menduduki tangga teratas dengan 53 mata diikuti Selangor dengan 51 mata dan Terengganu 50 mata.
Bagi jurulatih Selangor, K. Devan, apa pun boleh berlaku pada aksi terakhir itu dan beliau masih optimis Selangor akan mengekalkan kejuaraan Liga Super.
"Kalau kita menang ke atas Perak dan Kelantan kalah kepada Sabah, kita akan muncul juara. Kita akan turun untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik kita pada aksi menentang Perak kelak.
"Saya yakin Sabah juga pasti mahukan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan. Kelantan pasti akan lebih tertekan pada aksi terakhir nanti.
"Pasukan juara liga adalah yang terbaik berbanding saingan kalah mati kerana mereka konsisten sepanjang 26 perlawanan dalam tempoh lima atau enam bulan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam kelmarin.
Pada perlawanan itu, Selangor menang 2-1 ke atas Felda United hasil rembatan jarak jauh P. Gunalan dan sepakan penalti Safiq Rahim.
"Kami bukan menang nasib. Kami berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan dan memang wajar mendapat sepakan penalti tersebut," jelas Devan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan