PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 14 April 2011

DEVAN LEGA



JURULATIH Selangor, K Devan tetap menarik nafas lega walaupun sekadar mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United kelmarin sekali gus membolehkan mereka kembali menghuni puncak Liga Super.
Kemenangan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu membuktikan moral pemain Selangor sememangnya berada di tahap tinggi selepas tewas 2-0 kepada T-Team beberapa hari sebelum itu.

“Walaupun hanya menjaringkan satu gol (menerusi Mohd Fadzli Saari), ia sudah cukup melegakan saya kerana kami kembali menang dan meraih tiga mata untuk berada tempat teratas liga.
“Malah kejayaan ini begitu bermakna kerana kami bermain tanpa tiga pemain utama iaitu kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Hardi Jaafar (pemain tengah) dan P Gunalan (pemain pertahanan) yang mengalami kecederaan dan penggantungan kad merah. Kami masih mampu mempamerkan persembahan yang baik dan mencipta banyak peluang,” katanya.

Kejayaan menewaskan Felda United membolehkan Selangor mencatatkan kemenangan ketujuh daripada 11 perlawanan untuk mengumpul 23 mata serta hanya satu mata mengatasi Perak yang berada di tangga kedua selepas mengaibkan Kelantan 4-0 di Stadium Perak di Ipoh kelmarin.

Kedua-dua pasukan teratas Liga Super ini akan bertemu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini yang mungkin menyaksikan pendahulu liga sekali lagi akan berlaku seandainya Perak yang kini dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar, mampu meneruskan rentak kemenangan.

“Memang saya akui Perak sekarang berada di dalam prestasi baik, namun Selangor juga mempunyai pemain berkualiti untuk menyaingi pemain lawan dan saya mengharapkan mereka mampu meraih tiga mata lagi Sabtu ini,” kata Devan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan