PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 11 April 2011

RED GIANT SEDIA BANGKIT SEMULA


TIDAK sampai seminggu merampas tangga teratas Liga Super daripada Kelantan, Selangor kembali menghuni tangga kedua liga setelah tewas 0-2 kepada T-Team di Stadium Shah Alam kelmarin.
Namun jurulatih Selangor, K. Devan yakin skuad bimbingannya itu akan kembali bangkit untuk mengutip tiga mata penuh apabila turun bertemu Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

"Setelah tewas kepada T-Team, sudah tentu Selangor akan bangkit semula pada perlawanan selepas ini. Memang itulah sasaran kami," kata Devan selepas perlawanan kelmarin.
Setelah sepakan penalti Razman Roslan diselamatkan penjaga gol T-Team, Syamsuri Mustafa pada minit ke-28, T-Team memperolehi jaringan pada babak kedia menerusi tandukan Nor Farhan Muhammad (58) dan rembatan Indra Putra Mahayuddin (83).
"Selangor berjaya menguasai permainan pada babak pertama dan memperolehi banyak peluang antaranya menerusi rembatan Safiq Rahim dan juga percubaan Rudie Ramli yang terkena palang.
"Tapi pada babak kedua, T-Team berjaya bangkit dan jaringan pertama Not Farhan itu telah memberikan mereka semangat. T-Team memang layak menang sementara Selangor kurang bernasib baik," jelas Devan.
Ia merupakan kekalahan kedua Selangor musim ini setelah mereka tewas 0-2 kepada Kelantan pada aksi sulung di Stadium Shah Alam pada 29 Januari lalu.
Tambah Devan: "Saya rasa kebanyakan pemain Selangor malam ini (kelmarin) tidak berada pada prestasi terbaik mereka dan gagal menunjukkan corak permainan sebenar."
Selangor tetap berpeluang untuk merampas semula tangga teratas Liga Super malam esok andai mereka berjaya menewaskan Felda United sambil mengharapkan Kelantan pula tewas atau seri dengan Perak di Ipoh.
Namun persiapan Selangor sedikit terjejas apabila bakal turun tanpa ketua pasukan, Amri Yahyah yang digantung satu perlawanan setelah menerima kad kuning kedua seterusnya kad merah pada penghujung perlawanan kelmarin.


(SUMBER KOSMO)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan