PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 16 April 2011

SELANGOR PASANG PERANGKAP




TIADA ruang akan diberikan kepada para pemain Perak apabila berdepan Selangor pada perlawanan tumpuan menemukan dua pasukan teratas Liga Super itu di Stadium Shah Alam malam ini.
Demikian strategi yang akan diatur pengurus merangkap ketua jurulatih Selangor, K. Devan apabila pasukan bimbingannya itu menanti kunjungan Perak yang baru saja membelasah Kelantan 4-0 di Ipoh pada Selasa lalu.
"Saya dapati benteng pertahanan Perak cukup berdisiplin dan gawang mereka paling sedikit dibolosi setakat ini. Jadi kita kena cari jalan bagaimana untuk memecah kekebalan mereka.
"Selain itu, barisan pertahanan kami pula tetap perlu berjaga-jaga dengan gerakan sayap mereka yang cukup pantas serta pelu memastikan bahagian tengah tidak dikuasai sepenuhnya oleh Shahrulnizam Mustapa dan K. Nanthakumar.
"Apa pun kita tak boleh bagi ruang langsung kepada pemain-pemain Perak dan kita sendiri perlu beraksi pada tahap yang lebih tinggi daripada biasa demi memastikan tiga mata penuh di laman sendiri," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tanpa Yosri Derma Raju yang digantung selepas mengumpul tiga kad kuning, pertahanan tengah Selangor malam ini bakal dikemudi Khairul Anuar Baharum dan Nasriq Baharom.
Manakala ketua pasukan, Amri Yahyah yang kembali selepas penggantungan satu perlawanan akan bergandingan dengan Fadzli Saari di bahagian serangan.
Biarpun Selangor sudah dua kali tewas di Stadium Shah Alam pada musim ini iaitu kepada Kelantan dan T-Team, Devan yang baru menyambut hari jadi ke-50 pada Selasa lalu tetap menganggap ia gelanggang keramat Red Giants.
"Bertemu Kelantan pada aksi pertama musim ini memang kita tidak beraksi baik tetapi ketika tewas kepada T-Team minggu lalu, kami telah beraksi dengan baik tetapi nasib tidak menyebelahi.
"Jadi saya mahu barisan depan Selangor tidak membazir peluang terhidang supaya kita tidak melakukan kesilapan sama ketika bertemu T-Team," jelas Devan yang berharap Selangor kekal selaku pendahulu liga selepas tamat perlawanan ke-12 itu.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan