PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 14 April 2011

DEVAN PUJI BARISAN KEDUA MERAH KUNING


FADZLI Saari penjaring gol tunggal Selangor ketika menewaskan FELDA United, kelmarin.
FADZLI Saari penjaring gol tunggal Selangor ketika menewaskan FELDA United, kelmarin.
SEKALIPUN hanya menang tipis 1-0 ke atas FELDA United kelmarin, jurulatih Selangor K Devan mempunyai alasan kukuh untuk gembira dan berpuas hati dengan pencapaian skuad barisan kedua. 

Bagi Devan, selain tiga mata yang memastikan Selangor kembali ke takhta Liga Super, prestasi ditunjukkan anak buah adalah petanda bahawa Selangor memiliki barisan pelapis berwibawa menggalas ketiadaan beberapa tonggak yang cedera atau menjalani penggantungan perlawanan terutama dalam menghadapi jadual liga yang padat ketika ini.


“Ia pasti kelegaan buat saya kerana mempunyai banyak pilihan dalam jadual padat ketika ini,” katanya.
Selangor meraih kemenangan menerusi gol tunggal Fadzli Saari yang menanduk kemas sepakan sudut Safiq Rahim pada minit ke-31 untuk kembali merampas kedudukan teratas liga daripada Kelantan yang tewas 4-0 kepada Perak dengan himpunan 23 mata daripada 11 perlawanan. 

Kapten yang juga penyerang utama Selangor, Amri Yahyah tidak beraksi pada perlawanan itu kerana menjalani penggantungan akibat mendapat kad merah pada perlawanan menentang T-Team Sabtu lalu, manakala dua lagi tonggak, Hardi Jaafar dan P Gunalan juga tidak beraksi, masing-masing akibat kecederaan dan penggantungan. 

Devan berkata, pada perlawanan menentang FELDA United itu, Selangor juga berjaya meningkatkan prestasi benteng pertahanan yang agak rapuh sebelum ini. 

“Tidak seperti ketika kekalahan kepada T-Team lalu, kali ini mereka beraksi dengan lebih mantap dan mempertahankan gol awal yang diperoleh sehingga tamat perlawanan,” katanya. 
Jurulatih FELDA United, E Elavarasan menerima dengan hati terbuka kekalahan skuadnya yang juga menurunkan ramai pemain skuad kedua ekoran masalah kecederaan dan penggantungan. 

“Pada babak pertama kami langsung gagal melancarkan serangan ke kubu lawan dan Selangor memang berhak ke atas kemenangan itu,” katanya. 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan