PERLAWANAN AKAN DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 22 April 2011

DEVAN AKUI TAHAP KECERGASAN PASUKAN PERLU DITINGKATKAN





JURULATIH Selangor, K Devan beranggapan betapa tiga kemenangan tipis berturut-turut dicatat Selangor dalam tiga perlawanan terakhir memberi isyarat jelas skuadnya perlu mempertingkatkan tahap kecergasan mengharungi pusingan kedua Liga Super, bermula esok. 

Menurut Devan, jadual padat yang memerlukan setiap pasukan terpaksa mengharungi dua perlawanan seminggu memberi kesan terhadap kecergasan skuad juara bertahan itu yang menyaksikan mereka gagal memberi tumpuan penuh dalam perlawanan apabila sekadar mencatat kemenangan 1-0 ketika bertemu FELDA United, Perak dan Sabah, walaupun dihidangkan dengan beberapa peluang terbaik.

“Kebanyakan pemain kepenatan kerana beraksi berturut-turut dalam beberapa perlawanan dan saya akan mengadakan beberapa aktiviti memulihkan kecergasan memastikan mereka kembali cergas bagi mengharungi pusingan kedua liga menentang Sabah Sabtu ini,” katanya.
Selangor menamatkan pusingan pertama Liga Super dengan mengungguli takhta liga berbekal 29 mata daripada 13 perlawanan - empat mata meninggalkan pencabar terdekat Terengganu. 

Jika berjaya menjuarai Liga Super musim ini, Selangor bakal mencatat sejarah selaku pasukan pertama mencatat hatrik kejuaraan itu sejak diperkenalkan pada 2004 selepas memenanginya pada 2009 dan tahun lalu. 

Devan berkata, walaupun sekadar mencatat kemenangan tipis sebelum menamatkan pusingan pertama liga musim ini, dia tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan skuadnya yang hanya tewas dua kali di gelanggang sendiri dan tidak pernah kalah di tempat lawan. 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan